Heiliger Abend

christmas presents
Salam & hai semua

Sempena cuti Krismas ade sidikit kelapangan.. bole la update encik belog kejap..
Rasanya ramai student kt sini yg ambil kesempatan cuti nie g travel..uuuu syiok..lame siot xgi jalan2.. Hari ini Sabtu, 24 Dec 2011. Ada apa dgn hari ini?
Ok entry kali ni pasal event yg berlaku hari ini i.e Heiliger Abend(Christmas Eve) . `Heilig´ bermaksud suci & `Abend´ membawa maksud petang. Jadi kalo diterjemah secara literal bermaksud Petang Suci. Di Portugal dikenali sbgi "Véspera de Natal" , di Itali sbi "Vigilia di Natale" & di Sepanyol sbgi "Noche Buena".


Heiliger Abend..apetu?
Heiliger Abend 24 Dec adalah petang sebelum tibanya Hari krismas pada 25 Dec. Menurut kalendar purba hari berakhir setelah matahari terbenam dan selepas itu dikira hari yg baru. Jadi petang pada 24 Dec selepas matahari terbenam dikira bermula hari berikutnya iaitu 25 Dec i.e bermulanya perayaan Krismas.

Weihnachtsmarkt Jena, 2007
Weihnachtsmarkt (Christmas market) di Jena

Krismas disambut oleh siapa & untuk apa?
Krismas disambut pada 25 Dec setiap tahun sempena memperingati kelahiran Jesus (dikalangan umat islam dikenali sbgi Nabi Isa a.s) mengikut takwim  Gregory. Namun di sesetengah gereja di Rusia, Mesir, Ukraine, Serbia & Armenia penganutnya menyambut Krismas pada 7 Jan kerana mengikut kalendar Julius. Perayaan Krismas tidak hanya disambut oleh penganut Kristian bahkan disambut oleh bukan penganut Kristian sebagai satu perayaan kebudayaan.

Dari mana amalan menghias pokok krismas?
Amalan menghiasi pokok krismas terawal dicatatkan pada abad ke-15 di Livonia ( sekarang dikenali sbgi Estonia & Latvia) & pada abad ke-16 di Jerman utara.

The Christmas Tree

Cuti x?
Walaupon Heiliger Abend menandakan perayaan Krismas bakal bermula namun di Jerman, Austria & Switzerland tiada cuti umum pada hari tersebut melainkan jatuh pada hari minggu. Cuti Umum hanya pada 25 & 26 Dec. Terdapat juga negara yg memberikan cuti umum pada hari tersebut seperti Republik Czech.

Di Jerman pejabat post, bank & kedai-kedai perniagaan ditutup awal selewat-lewatnya pada pukul 2 ptg. Di sini Heiliger Abend termasuk dalam hari yg disebut "Stille Tage" ataupun "Silent Day" bermula pada pukul 2 ptg sehingga 12 tgh malam dimana program ataupun acara hiburan awam seperti persembahan musik, teater, tayangan filem, festival & circus adalah dilarang.

Tiada tayangan filem di Cinemaxx pada 24 Dec bg menghormati heiliger Abend
Apa aktiviti?
Tradisi memberi hadiah atau pertukaran hadiah adalah berbeza mengikut tempat. Di sini hadiah biasanya diberikan pada hari Heiliger Abend (24 Dec). Kanak2 dalam keluarga Protestan biasanya diberitahu bahawa hadiah itu dibawa oleh Santa Claus manakala bagi keluarga Katolik hadiah dibawa oleh Christchild ( Jesus sehingga umur 12 tahun). Austria, Switzerland, Denmark, Norway, Sweden, Finland, Portugal & Brazil turut memberi hadiah pd hari tersebut .Manakala di Amerika Syarikat hadiah hanya diberikan pada hari pertama Krismas i.e 25 Dec.

Masyarakat Jerman lazimnya akan menghabiskan waktu petang pada hari tersebut bersama keluarga masing-masing. Pada hari tersebut ramai yang menghiasi pokok Krismas & ada yang pergi ke gereja untuk bersembahyang (Gottesdienst) termasuk yang bukan penganut Kristian. Permulaan upacara bersembahyang (Gottesdienst) di gereja bergantung kepada gereja masing-masing. Ada yang bermula awal sekitar pukul 5 petang dan ada pula yang bermula lewat sekitar 11 malam. Kebanyakannya bermula awal petang untuk memberi peluang masyarakat meluangkan masa bersama keluarga disebelah malam.

Gottesdienst in Amelsbüren III

Sekitar pukul 7-8 malam upacara pembukaan hadiah dilakukan oleh keluarga masing-masing. Kemudian makan malam bersama-sama. Ada juga sesetengah keluarga yg makan malam dahulu sebelum memulakan sesi pembukaan hadiah. Lazimnya pembukaan hadiah dahulu, baru dinner..maklumlah budak2 kecil xsaba2 nak tgk hadiah ape derg dpt huhu..

Makanan pula?
Menu kebiasaan makan malam pada Heiliger abend masyarakat di sini adalah Kartoffelsalat ( Potato Salad) & Wiener Würstchen (Vienna Sausage). Tapi tiadalah makanan yg wajib seperti hari raya aidilfitri seperti rendang. Setiap keluarga masyarakat disini memilih menu mengikut selera masing2.

Kartoffelsalat / potato salad
Kartoffelsalat
Nota kaki: Sebarang pembetulan atau tambahan info dialu2kan..sila lihat Disclaimer

No Response to "Heiliger Abend"

Post a Comment

 

Visitors

Copyright © 2009 süßkartoffeln All rights reserved.