Ringgit Malaysia berwajah baru



Salam & Servus semua..
Ramai sudah maklum bahawa wang ringgit malaysia yg baru (edisi ke-4) bakal diedarkan kepada umum pada separuh kedua tahun 2012 (Julai). Denominasi wang yg terlibat adalah RM1, RM5, RM10, RM20 & RM100. Manakala denominasi RM50 dalam siri ini telah pon diedarkan kpd umum sejak 15 Julai 2009.

Antara yang menarik perhatian dalam edisi baru ini ialah:

  • wang kertas RM20 diperkenalkan semula
  • Substrat polimer digunakan menggantikan substrat kertas bagi denominasi RM1. Substrat polimer untuk denominasi RM5 dikekalkan.

Denominasi RM20
Pertama kali dicetak oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1982 dan dihentikan penggunaanya pada 1995. Kenapa agaknya BNM keluarkan balik wang kertas RM 20 ni? Berikut adalah jawapan yang dipetik dari website rasmi BNM:

"Denominasi RM20 diperkenalkan semula sebagai memenuhi keperluan org ramai kerana ia merupakan pengantara utk mengisi jurang antrara denominasi RM10 & RM50. Ini bagi memudahkan org ramai dalam urusan pembayaran mereka."

RM20 diperkenalkan pertama kali pada 1982
RM20 diperkenalkan semula pada 2012 
Wang Polimer
Wang Polimer yang pertama dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan wang peringatan(commerative) RM50 sempena Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur pada tahun 1998. Wang peringatan ini diedarkan dalam kuantiti yg terhad pada 1 Jun 1998. Wang kertas ini hampir tidak pernah dilihat dalam penggunaan harian kerana biasanya wang kertas peringatan (commerative) disimpan oleh penggumpul2 wang untuk koleksi peribadi atau mungkin untuk dijual semula selepas tempoh beberapa tahun.

Pandangan depan: Wang peringatan RM50 berasaskan Polimer 
Pandangan belakang: Wang peringatan RM50 berasaskan Polimer
Sehingga hari ini wang polimer yang digunakan di Malaysia untuk urusan harian hanyalah RM5 yg diedarkan BNM pada 26.10.2004. Jadi mulai tahun depan bertambahlah satu lagi wang polimer iaitu RM1 yang menggantikan wang kertas.

Wang Kertas RM5
Wang Polimer RM5

Adakah satu hari nanti Malaysia akan mengikut jejak langkah Australia & Brunei yang menggantikan wang kertas dengan wang polimer secara total? Apakah kelebihan wang polimer berbanding dengan wang kertas? InsyaAllah akan dikupas sedikit di entri yg seterusnya..

Gambar lengkap set edisi ke-4 
Spesifikasi

Rujukan & Gambar: Bank Negara Malaysia
Nota Kaki: Sila lihat Disclaimer

No Response to "Ringgit Malaysia berwajah baru"

Post a Comment

 

Visitors

Copyright © 2009 süßkartoffeln All rights reserved.