Wang Polimer ganti Wang Kertas?

Salam & hi all...
Entri kali ini adalah kesinambungan daripada entri sebelum ini yg bertajuk Ringgit Malaysia berwajah baru. Kali ini difokuskan kepada Wang polimer.

Sejak bila wang polimer ada di Malaysia?
Wang polimer dicetak pertama kali di Malaysia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 01.06.1998 tetapi hanyalah sebagai wang peringatan (commerative) sempena Sukan Komanwel ke-16 yg berlangsung dari 11.09-21.09.1998 di Kuala Lumpur. Penggunaan wang polimer untuk kegunaan harian hanya berlaku kira-kira 6 tahun kemudian iaitu pada 26.10.2004 melalui pengedaran denominasi RM5. Menjelang Julai 2012 masyarakat Malaysia khususnya bakal menyaksikan kemunculan satu lagi wang polimer Ringgit Malaysia iaitu dalam denominasi RM1.

Pandangan depan: Wang polimer pertama Malaysia 
Pandangan belakang: Wang polimer pertama Malaysia
Bagaimana idea wang polimer tercipta?
Peningkatan dalam teknik pemalsuan menggunakan colour photocopiers & scanners memberi isyarat bahawa kertas mungkin bukan material terbaik untuk menghasilkan wang. Atas sebab ini CSRI & Note Printing Australia, salah sebuah anak syarikat Reserve Bank Australia telah memulakan kajian pada tahun 1980-an bagaimana untuk meningkatkan ciri keselamatan & ketahanan mata wang Australia. Hasilnya wang polimer $10 pertama dicetak pada Januari 1988 yg lebih tahan lasak berbanding dengan wang kertas konvensional.

Kelebihan wang polimer (sumber BNM):
  • Efektif dari segi keselamatan terutamanya tingkap pandang telus & imej tanda bayang
  • Tahan lebih lama & jangka hayat 4 kali ganda lebih panjang berbanding wang kertas
  • Sukar dikoyakkan berbanding wang kertas
  • Tahan terhadap suhu sehingga 120°C
  • Mesra alam. Wang polimer yg sudah lama boleh dikitar semula menjadi bahan plastik berguna seperti kereta sorong, bekas simpanan, peralatan paip dsb.
  • Diperbuat daripada bahan yg sifatnya tidak poros- tidak meyerap kotoran & air menjadikan ia kelihatan bersih.
Negara yg menukar sepenuhnya wang kertas ke wang polimer
Sehingga 2011 sekurang-kurangnya 7 negara telah menukar sepenuhnya denominasi wang kertas kepada wang polimer. Negara ini termasuk Australia, New Zealand, Brunei, Vietnam, Bermuda, Papua New Guinea & Romania.

Negara jiran lain
Singapura menggunakan wang polimer untuk denominasi $2, $5 & $10 sahaja. Wang kertas masih dikekalkan untuk denominasi $50, $100, $1000 & $10000.

Masa mendatang
Mungkin pada masa hadapan Malaysia akan menambah koleksi wang polimer ke dominasi lain yg sering digunakan seperti RM10. Atau material terbaru yg lebih tahan & selamat berbanding kertas & polimer bakal dijumpai. Aku secara peribadi menyukai konsep wang polimer berbanding wang kertas kerana tahan lasak & nampak kemas sebab susah nak lusuh.

Berikut disertakan video bagaimana proses membuat wang polimer.



Sekian dulu buat kali ini..mau landing sudah..cuzzi zzz zzz

No Response to "Wang Polimer ganti Wang Kertas?"

Post a Comment

 

Visitors

Copyright © 2009 süßkartoffeln All rights reserved.